Jejak Bikers Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jejak Bikers Club

KAT SINI SAPA TAK SPAM--->>>KENA BEN !!!!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC

Go down 
+5
zed_61
Black Kawa
Tokey rumah urut....
knight
Raja Dunuk
9 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 4:23 am

ustaz knight,sedikit tazkirah tentang Maulidur Rasul untuk kami JBCians semua...............
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 7:54 am

mana ustaz nih...bz uruskan tanah ke cheers
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 7:56 am

Kapten Faizal wrote:
ustaz knight,sedikit tazkirah tentang Maulidur Rasul untuk kami JBCians semua...............

ustaz hapenye...ustaz copy paste je...hehehe...ni ade kisah pendek sedutan daripada riwayat hidup Rasullulah SAW yg simple dan bole kite jadikan pedoman, dan sepatutnye sebagai seorg Muslim, mmg xde contoh terbaik yg kite patut ikut melainkan baginda.....dipetik dr wirapendang.blogspot.com



KISAH RASULLULAH SEBAGAI PENGAJARAN

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Cool Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 8:05 am

Sirah: Dia Sang Tenang dipetik dari http://ms.langitilahi.com

Semenjak saya berumur 7 tahun, saya mula mengenali apa itu Sirah Nabawiyah. Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, saya belajar mata pelajaran Sirah. Sekolah itu, mempunyai mata pelajaran khas untuk Sirah, tidak sekadar cebisan dalam Pendidikan Islam.

Dalam banyak-banyak figur yang ada dalam Sirah Nabawiyah, saya paling tertarik dengan peribadi yang membentuk figur-figur lain dalam Sirah Nabawiyah. Itulah dia peribadi Rasulullah SAW.

Entah kenapa, tidak pernah ada kebosanan membaca Sirah Nabawiyah berulang kali, walaupun ianya benda yang sama sahaja, sekalipun ditulis oleh penulis yang berbeza. Saya tetap akan rasa meremang dengan semangat Rasulullah SAW, rasa tersentuh dengan pengorbanan baginda, dan kadangkala tertawa dengan ketenangan baginda.

Dalam post ini, sekadar berkongsi, betapa tenangnya Rasulullah SAW yang diutus kepada kita ini.

Ya, Rasul kita, bukan Rasul orang lain. Kena faham ayat ini betul-betul.

Di tengah letih dia bercanda

Yang menarik berkenaan Rasulullah SAW, adalah baginda bukan pemimpin yang tension, mempunyai muka keruh, mudah hilang sabar dan sebagainya.

Baginda adalah manusia paling tenang dalam dunia. Dia tidak sengaja membengiskan wajah, tidak pula tak fasal-fasal berkeruh muka, hanya kerana dia ketua. Dia adalah paksi kepada ketenangan sahabat-sahabat sekelilingnya.

Ketika membuat persediaan untuk Perang Khandak, sahabat-sahabat menggali parit dalam keadaan kelaparan. Mereka mengikat perut mereka dengan batu bagi mengempiskan perut mereka agar angin tidak masuk, agar kurang rasa laparnya.

Namun, sampai satu ketika, mereka rasa tidak tahan. Mereka bertemu dengan Rasulullah SAW yang juga bersama mereka menggali parit. Mereka tidak mengadu dengan mulut, namun sekadar tersenyum dan mengangkat baju mereka, menunjukkan perut mereka yang diikat dengan batu tanda sangat lapar.

Rasulullah SAW ketika itu tersenyum. Lantas baginda pun mengangkat bajunya, menunjukkan perut baginda yang diikat juga dengan batu, bukan satu, tapi dua batu. Tanda baginda lebih lapar lagi. Sahabat-sahabat tidak berkata apa-apa, terus menurunkan baju mereka dan menyambung kerja. Rasulullah lebih lapar lagi dari mereka.

Baginda tidak mengungkit dengan kata-kata yang kasar ketika itu. Tak kata pun: “Eh, aku pun lapar jugak. Aku dah la nabi. Korang ni baru lapar sikit, bising. Mengada-ngada”

Baginda tenang. Tersenyum walau susah. Berhikmah walau susah.

Di tengah kegentingan Uhud

Baginda juga bukan seorang yang gelabah ketika medan perang. Kalkulasi baginda amat tepat.

Saat paling getir dalam hidup baginda adalah Perang Uhud, di mana baginda dikelilingi puluhan tentera musyrikin Makkah dan hanya dilindungi oleh sekitar 10 orang sahabat-sahabat Ansar. Ketika itu baginda sedikit pun tidak menunjukkan tanda gelabah, malah mampu memberikan arahan dengan tenang.

Di dalam perang Uhud, ada berita angin menyatakan Rasulullah SAW telah mati dibunuh. Ramai sahabat-sahabat yang kucar-kacir mendengar berita palsu ini. Pada masa yang sama, Rasulullah SAW dikelilingi orang kafir Quraisy yang sudah menjumpai posisi baginda.

Saya, kalau ada di pihak Rasulullah SAW ketika itu, memang tak fikir apa dah. Mati katak sahaja. Tapi Rasulullah, baginda membuat kalkulasi paling tepat sekali, dengan memilih untuk menjerit.

“Wahai hamba-hamba Allah, aku Muhammad Rasulullah di sini”

Walaupun jeritan baginda ketika itu akan menarik lebih banyak lagi tentera Quraisy, baginda bertindak demikian atas dua tujuan. Pertama: Agar lebih ramai sahabat datang berkumpul di sekelilingnya, dan kedua: Agar terhapus berita angin, dan membangkitkan semangat sahabat-sahabatnya.

Baginda mempertaruhkan nyawanya ketika itu, untuk meningkatkan moral sahabat-sahabatnya.

Dan akhirnya, gelombang kedua Quraisy, berjaya dipukul pergi.

Di tengah kesempitan Hunain

Ketika perang Hunain, ummat Islam sudah amat ramai. Tentera Islam ketika itu sekitar 12,000 orang. Sebahagian tentera Islam rasa ujub dengan banyaknya angka mereka sehingga hilang pergantungan dengan Allah SWT.

Maka Allah menguji, dengan membuatkan tentera Islam kucar-kacir, diserang hendap tentera musuh di lembah Hunain ketika itu. Tambah pula, musuh menyerang dengan panah di atas lembah, manakala tentera Islam terpeangkap di tengah lembah. Ketika itu, terpancar ketenangan Rasulullah SAW.

Baginda, tidak pernah memilih menaiki unta atau kuda ketika peperangan. Ketika Perang Hunain, baginda memilih menaiki keldai. Kenapa keldai?

Kerana keldai adalah binatang paling lambat pick up sekali dalam dunia ni. Apabila suasana kucar kacir, keldai tak bergerak apa-apa, tenang. Kuda dan unta, gelabah melarikan tuan mereka. Maka Rasulullah SAW di atas keldai, tidak terpengaruh dengan kegelabahan tunggangannya. Keldai tidak terkejut.

Di sini kelihatan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Ketika itu, dengan tenang, dia memanggil pakciknya Abbas RA, kerana suara pakcinya itu amat besar, untuk menjerit dan memanggil semua tentera muslimin agar berkumpul di sekelilingnya untuk persediaan semula.

Kita pastinya lebih suka kuda dan unta kerana nampak gagah. Rasulullah, baginda memandang lebih dari itu. Tenangnya baginda.

Dengan isteri

Rasulullah SAW, bukan di hadapan pengikut sahaja tenang. Dengan isteri baginda pun, baginda amat tenang berhadapan dengan situasi-situasi bersama mereka. Hal ini menunjukkan, ketenangan baginda bukanlah palsu.

Pernah sekali, ketika giliran Rasulullah SAW bersama dengan Aisyah RH, isteri Rasulullah yang lain bernama Zainab binti Jahsy menghantar makanan. Aisyah RH rasa terganggu kerana ketika itu, adalah gilirannya dengan Rasulullah SAW. Lantas, Aisyah menolak semula makanan yang dihantarkan Zainab melalui khadamnya. Makanan itu jatuh dan perkakas yang digunakan untuk membawa makanan itu pecah.

Rasulullah SAW ketika itu tidak melenting, tidak menunjukkan rasa marah, tidak pula berkasar dengan Aisyah atas sikapnya. Baginda amat tenang, memikirkan semua perkara, baginda faham Aisyah masih muda dan agak mudah cemburu. Maka baginda sendiri bergerak, mengutip pecahan perkakas itu, dan makanan yang bersepah.

Kemudian baginda berkata: “Pergilah meminta maaf kepada madumu itu”

Itu sahaja. Dan Aisyah pergi.

Kalau kita la, agak-agak kalau jadi macam itu kita buat apa? Paling tidak pun kita akan terus kata: “Awak ni kenapa?” dengan suara yang tinggi.

Penutup: Banyak lagi

Menceritakan perihal Rasulullah SAW, tak akan habis dua tiga hari. Ketenangannya sahaja banyak peristiwa boleh dikaji menjadikan contoh. Belum lagi keberanian baginda, kepakarannya dalam menyusun, kegigihan dan ketabahannya, akhlaknya dan sebagainya.

Banyak lagi contoh ketenangan baginda. Contohnya semasa hijrah, semasa hampir wafat, semasa sahabat-sahabatnya ramai terbunuh dalam peristiwa Bir Ma’unah dan banyak lagi situasi.

Siapa yang melihat dan mengkaji peribadi Rasulullah SAW, maka pasti akan meremang bulu roma dengan semangat baginda, pasti berlelehan air mata dengan kegigihan baginda, pasti akan bergetar hati dengan ketabahan baginda.

Namun siapakah antara kita yang berusaha menyelak sirah baginda?
Back to top Go down
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 12:46 pm

sungguh besar kemuliaan nabi junjungan kita ni ye............insaf daku seketika mengenangkan aib diri .........
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 3:36 pm

aku xabis baca lagik..panajng sangat Wink What a Face
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 5:01 pm

Maharaja R1 wrote:
aku xabis baca lagik..panajng sangat Wink What a Face

scanning reading dah le Pun...........
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Feb 24, 2010 8:01 pm

bukan apo Very Happy
kalo karangn panjang2 nih cepat padam aku Wink What a Face


fakta untuk hari ini

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyThu Mar 18, 2010 3:44 am

apa tazkirah kita hari ni...........???
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyThu Mar 18, 2010 4:39 pm

Kapten Faizal wrote:
apa tazkirah kita hari ni...........???

assalamualaikum w.b.t

Cerita yang menyayat hati....ingin ku kongsikan bersama teman-teman sekalian, semoga menjadi peringatan buat semua agar sentiasa berhati-hati dan hidup dalam penuh ketertiban. Menjauhkan dari melakukan perkara yang bercanggah dengan hukum agama mudah-mudahan kita dilimpahi rahmat oleh Allah yang maha agung.

Renungkan......wassalam

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S...A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S..A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepada ku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu dtg untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya..
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".
Back to top Go down
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyThu Mar 18, 2010 4:43 pm

tq ustaz knight....
harap nanti mase ulang tahun JBC kat lipis/sg buluh....
dapat tlg bacokan doa yer....
kekekekeke What a Face What a Face What a Face
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyFri Mar 19, 2010 5:16 am

terima kasih knight di atas tazkirah yang sungguh memberikan kesedaran........
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Apr 07, 2010 2:30 pm

The7virus wrote:
tq ustaz knight....
harap nanti mase ulang tahun JBC kat lipis/sg buluh....
dapat tlg bacokan doa yer....
kekekekeke What a Face What a Face What a Face

setkt doa makan bole la... Embarassed Embarassed
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Back to top Go down
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyThu Apr 08, 2010 2:43 am

Maha Suci Allah,
terima kasih knight atas tazkirah terkini ini,kami masih menanti tazkirah dan pedoman forumer semua,syukur ada ustaz knight...........
Back to top Go down
suka_vios
Mandur Lori Hantu
suka_vios


Posts : 465
Join date : 17/02/2010
Age : 38
Location : jengka 11

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyThu Apr 08, 2010 7:50 pm

semoga menjadi pedoman dan ikhitbar utk kita semua.
Back to top Go down
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptySat Apr 10, 2010 11:13 am

Syaitan bernamaKhanaz pernah dengar tak?

Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam , dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. Suatu hari Si Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kenakan anak cucu Adam "....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..""Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam . Setelah lama pikir-pikir. .. "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam .

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku...."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ..lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana ..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ..!!!"

Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam . "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam .

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.. "Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam . "Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa."Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ...kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam . Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya � Khanaz !!! Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita ia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia - Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR.Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. .banyakkan Zikir... Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam .. Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was. Walllahualam. ...
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyTue Apr 13, 2010 5:03 pm

tenkiu en7virus.....rupenye setan nie dh ade dlm tubuh badan kite tanpa kite sedari...................
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Apr 21, 2010 6:41 am

KHAS UNTUK MUSAFIR

Maksud Qasar:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar:
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

1. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud:
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

2. Al-Sunnah yang bermaksud:
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?”
Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar:
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Apr 21, 2010 6:43 am

Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkannya

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca Soleh.Net, izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan

Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat

Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib

Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan

Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan

Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan

Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.

Wallahu a’lam.


Last edited by knight on Wed Apr 21, 2010 6:48 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Apr 21, 2010 6:44 am

Petua supaya sentiasa mahu menunaikan solat

kita telah pun membicarakan tentang panduan untuk memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

Sesudah memulakan solat yang sekian lama ditinggalkan, eloklah kiranya kita memikirkan cara untuk mengekalkannya secara istiqamah (konsisten).

Sebagai ikhtiar agar kita sentiasa mahu menunaikan solat, maka petua-petua berikut haruslah diikuti dalam hati sanubari.

Insya-Allah dengan pertolongan, taufiq dan hidayah Allah, kita akan tergolong dalam kalangan orang yang cintakan solat.

1. Semaikan kesedaran diri bahawa solat adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap orang mukallaf.

Ia adalah rukun Islam yang paling penting selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Orang yang meninggalkan solat adalah peruntuh dan perosak agamanya sendiri.

2. Tanamkan rasa cinta kasih kepada ibadah solat dengan merasakan betapa kudusnya ibadah ini, dan betapa pula besar faedah dan menfaatnya kepada jasmani, rohani, kesihatan, kebersihan zahir dan batin.

Juga betapa berkesannya solat itu kiranya benar-benar difahami dalam pendidikan akhlak muslim dan muslimah agar berbudi pekerti mulia.

Memang besar sekali sumbangan solat kepada pembentukan masyarakat kerjasama, harmoni dan bersatu padu.

3. Tanamkan rasa bertuah, bangga dan mulia dengan ibadah solat kerana ia adalah satu penghormatan besar bagi si hamba yang hina lagi lemah kerana dibenar mengadap Tuhan yang Maha Besar lagi yang Maha Agung daripada segala yang agung.

4. Semaikan rasa penuh cinta kasih, ketaqwaan, keimanan dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa, yang Maha Pemurah lagi yang Maha Pengasihani.


Rasakan dalam hati betapa banyaknya budi baik Allah Taala terhadap dirinya yang memang tidak dapat dibalas dan ditebus dengan apa jua pun.

5. Ingatlah, orang yang tidak bersolat terletak di antara kufur atau berdosa besar.

Adakah kita rela berkeadaan sedemikian? Sudah pasti keadaan sedemikian tidak menjamin keselamatan diri dan agama.

Maka kecelakaan dan nerakalah padahnya nanti, nauzubillah.

6. Ingatlah pula, bahawa orang yang tidak bersolat adalah manusia yang paling jahat dan paling keji.

Dia adalah merupakan seorang yang tidak sedar diri, seorang yang tidak mengenang budi baik, lagi tidak bersyukur kepada Allah s.w.t, pengurnia segala nikmat.

Tanyalah diri, mampukah agaknya menerima kemurkaan Allah yang Maha Agung sedangkan kemurkaan sesama manusia pun tidak terdaya?

7. Ingatlah lagi, orang yang enggan bersolat adalah seorang penderhaka kepada Tuhannya dan Penciptanya.

Akibatnya nanti dia akan diseksa dengan azab neraka.

Sebaliknya orang yang bersolat adalah orang yang taat kepada Allah dan dia akan diberikan ganjaran syurga.

8. Perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah s.w.t pada setiap waktu untuk mendapat taufiq dan inayah-Nya.

Janganlah ditinggalkan membaca doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s pada setiap kali berdoa selepas solat, azan dan iqamat, iaitu dalam surah Ibrahim ayat 40 dan 41 yang bermaksud:

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah keampunan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang beriman pada hari berlakunya Hisab.

Akhir kata, dengan mengingati petua-petua tersebut tadi, dengan mengetahui tentang kedudukan mulia dan kepentingan ibadah solat dalam Islam, dengan memahami dan mengerti tentang hikmah solat, dengan adanya perasaan takut terhadap dosa dan seksa yang akan menimpa orang yang meninggalkan solat, insya-Allah dapat menolong dan mendorong seseorang untuk menunaikan kewajipan solat.

Wallahu a’lam.
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Apr 21, 2010 5:58 pm

huhuhuhuhu aku selalu tinggai solat Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Icon_sad Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Icon_sad Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Icon_sad Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Icon_sad
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyThu May 06, 2010 6:36 am

marilah kita sama2 memperbaiki mutu solat kita.....................
Back to top Go down
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Jun 02, 2010 10:56 am

PAYAHNYA MALAIKAT MINTA TANAH DARI BUMI.


Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyWed Jun 02, 2010 5:26 pm

nice info......
Back to top Go down
abg misai
Pemandu Raja Danok
abg misai


Posts : 2257
Join date : 18/04/2010
Location : studium

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 EmptyFri Jun 25, 2010 3:31 am



.ni aku baru dpt dari member aku......:

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.
Back to top Go down
Sponsored content





Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC - Page 2 Empty

Back to top Go down
 
Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC
Back to top 
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» Ruangan Photograph... show ur talent & skill.. v2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Jejak Bikers Club :: Ruangan Sembang2 Kosong :: Jom Spam Pebenda Pun...-
Jump to: