Jejak Bikers Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jejak Bikers Club

KAT SINI SAPA TAK SPAM--->>>KENA BEN !!!!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC

Go down 
+5
zed_61
Black Kawa
Tokey rumah urut....
knight
Raja Dunuk
9 posters
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 12:57 pm

kalo ada nak share fakta2 atau sebarang ilmu share lah kat sini Very Happy Very Happy Very Happy Smile Smile Smile
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 1:50 pm

Tiada Siapa Berhak Mengaku Ikhlas

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

p/s: mehla kite same2 membetulkan niat kite supaya apa kite buat setiap hari tidak mendatangkan kerugian kepada diri kite sendiri.TQ
Back to top Go down
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 2:39 pm

terima kasih di atas tazkirah maghrib yang cukup berkesan ini............terima kasih sekali lagi al ustaz eisyam al hafiz............. Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven
Back to top Go down
Black Kawa
Tokeh Ayam Madu
Tokeh Ayam Madu
Black Kawa


Posts : 2771
Join date : 14/02/2010
Age : 46
Location : aku di mana mana...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 2:52 pm

insaf seketika... Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Icon_smile
Back to top Go down
http://www.PERSIANsyndrome.blogspot.com
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 3:38 pm

saya minta jasa baik JBCians semua supaya tidak spam disini ok..leain2 tread ok..sini kita menimba ilmu Very Happy Very Happy Very Happy

meh meh kongsi lagik..copy paste internet pun takpe...
digalakkan bahasa melayu la...kalo inggeris pun ok jek Very Happy
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 4:38 pm

ustaz eisyam,sedikit tazkirah berkenaan SIHIR..........yang sudah menjadi "mainan" segelintir orang Melayu yang beragama Islam walaupun depa tau bahawasanya pengamal sihirnya sememangnya tempatnya tak lain tak bukan neraka jahanam le jawabnya,.....so.....sedikit kupasan daripada ustaz eisyam,.....silakan.........
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyThu Feb 18, 2010 7:25 pm

pada aku diorang ni bukan tatau salah sihir ni..tapi diorang nak mancapai matlamat sebb tu diorang x pikir apa yg salah ke,neraka ke,,,apa ke...
tu yg mendorong sihir..

sihir yg selalu kita dengar ni kes pedajal orang lain Crying or Very sad
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 5:08 am

sihir ni keje orang sesat,kesian kepada mangsa sihir,kawan aku merana sampai sekarang dek sihir laknat ni......
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 7:07 am

Kapten Faizal wrote:
sihir ni keje orang sesat,kesian kepada mangsa sihir,kawan aku merana sampai sekarang dek sihir laknat ni......

itu lee.selalunya sihir ni payah nak berubat Mad Mad

mmg org yg bagi sihir ni Allah laknat selamanya Smile
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 7:11 am

sedikit fakta tukk dikongsi bersama

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.


Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.
What a Face What a Face Question Question
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 10:10 am

KISAH LELAKI DAN WANITA......

LELAKI: Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosagadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosayang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.

WANITA: Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempatyang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kalil ebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahuakansegalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

p/s: wahai wanita di sekeliling ku kasihanila aku nie...dhla pahala x byk, dose plak bertimbun2.....tolong jgn buat perkara bole menambah lagi dose aku.....aku bukan Nabi ye
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 10:37 am

Kapten Faizal wrote:
sihir ni keje orang sesat,kesian kepada mangsa sihir,kawan aku merana sampai sekarang dek sihir laknat ni......

takziah utk kwn cikgu tuh...sihir nie mmg bahaye dan senjata yg pling senang org gune utk pedajal org lain....

ni ade satu artikel yg aku petik dr zaharudin.net, panjang jugakla tp byk info...semoga bole jadi pedoman utk kite bersama....



Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-

Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :



Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
Back to top Go down
zed_61
Pemotong Balak BerIjazah
zed_61


Posts : 110
Join date : 12/02/2010
Location : Malacca City

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 10:52 am

Tapi kita perlu ingat dan pasti sesuatu penyakit tu bebenar kena sihir atau penyakit biasa yg sering menyerang manusia. Kita juga perlu yakin akan kewujudan ilmu sihir ni ....... tetapi jangan terlalu taksub ...... sikit2 sakit yg dihidapi dikatakan disihir ..... orang kampung kata kena buat .....
Dari pengalaman aku ....... kisah benar yg terjadi ketas abang ipar ....... diserang penyakit agak teruk ..... banyak bomoh yg ditemui .... rata2 mereka kata kena sihir/buatan orang ........ puas berubat tapi tak sembuh juga ....... atas nasihat kami semua ...... pergi berjumpa doktor pakar ......... akhirnya disahkan sakit buah pinggang ditahap kritikal ......... Al-fatihah ........ baru meninggal dunia.
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 1:20 pm

zed_61 wrote:
Tapi kita perlu ingat dan pasti sesuatu penyakit tu bebenar kena sihir atau penyakit biasa yg sering menyerang manusia. Kita juga perlu yakin akan kewujudan ilmu sihir ni ....... tetapi jangan terlalu taksub ...... sikit2 sakit yg dihidapi dikatakan disihir ..... orang kampung kata kena buat .....
Dari pengalaman aku ....... kisah benar yg terjadi ketas abang ipar ....... diserang penyakit agak teruk ..... banyak bomoh yg ditemui .... rata2 mereka kata kena sihir/buatan orang ........ puas berubat tapi tak sembuh juga ....... atas nasihat kami semua ...... pergi berjumpa doktor pakar ......... akhirnya disahkan sakit buah pinggang ditahap kritikal ......... Al-fatihah ........ baru meninggal dunia.

itula klu terlalu taksub dgn bomoh nie.....bukan xleh pecaya...tp seelok2nye kite kne refer org yg betul, xnkla org kne keracunan makanan, die pegi ckp org tu kne santau....kn ke pelik jadinye
Back to top Go down
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 2:30 pm

zed_61 wrote:
Tapi kita perlu ingat dan pasti sesuatu penyakit tu bebenar kena sihir atau penyakit biasa yg sering menyerang manusia. Kita juga perlu yakin akan kewujudan ilmu sihir ni ....... tetapi jangan terlalu taksub ...... sikit2 sakit yg dihidapi dikatakan disihir ..... orang kampung kata kena buat .....
Dari pengalaman aku ....... kisah benar yg terjadi ketas abang ipar ....... diserang penyakit agak teruk ..... banyak bomoh yg ditemui .... rata2 mereka kata kena sihir/buatan orang ........ puas berubat tapi tak sembuh juga ....... atas nasihat kami semua ...... pergi berjumpa doktor pakar ......... akhirnya disahkan sakit buah pinggang ditahap kritikal ......... Al-fatihah ........ baru meninggal dunia.

takziah buat zed........
Back to top Go down
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 2:32 pm

knight wrote:
zed_61 wrote:
Tapi kita perlu ingat dan pasti sesuatu penyakit tu bebenar kena sihir atau penyakit biasa yg sering menyerang manusia. Kita juga perlu yakin akan kewujudan ilmu sihir ni ....... tetapi jangan terlalu taksub ...... sikit2 sakit yg dihidapi dikatakan disihir ..... orang kampung kata kena buat .....
Dari pengalaman aku ....... kisah benar yg terjadi ketas abang ipar ....... diserang penyakit agak teruk ..... banyak bomoh yg ditemui .... rata2 mereka kata kena sihir/buatan orang ........ puas berubat tapi tak sembuh juga ....... atas nasihat kami semua ...... pergi berjumpa doktor pakar ......... akhirnya disahkan sakit buah pinggang ditahap kritikal ......... Al-fatihah ........ baru meninggal dunia.

itula klu terlalu taksub dgn bomoh nie.....bukan xleh pecaya...tp seelok2nye kite kne refer org yg betul, xnkla org kne keracunan makanan, die pegi ckp org tu kne santau....kn ke pelik jadinye

betul tu ustaz,....
ketaksuban seseorang dengan bende2 sebenarnya mendorong syaitan memainkan peranannya dengan mudah menyesatkan mereka,...nauzubillah......
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 4:07 pm

bomoh selalunya takkan turunkan ilmu sepenuhnya pada perintis...jadi masa tu mula la jadi macam2......bomoh yg kurang berpengalaman laa....selalu dengar kes camtu..lagik 1 kes bomoh yg xleh kawal nafsu....nih bahaya tuk kaum pompuan...
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 5:02 pm

bagaimana lak ngan sihir yang bertujuan memikat dan menundukkan perempuan lak tu..........?????lagi kejam.....
Back to top Go down
zed_61
Pemotong Balak BerIjazah
zed_61


Posts : 110
Join date : 12/02/2010
Location : Malacca City

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 5:49 pm

Kapten Faizal wrote:
bagaimana lak ngan sihir yang bertujuan memikat dan menundukkan perempuan lak tu..........?????lagi kejam.....

Lagi kejam kalu pompuan tu isteri orang ......... bole buat gila suami yg terlibat ......
Alkisah terjadi juge kat kawan satu ofis ......... dua2 tu kawan seofis ....... oleh kerana dicabar oleh kawan pompuan ni ........ sijantan telah gunakan sihir yg diambil dari siam ............ maka berkahwinlah mereka ...... laki pompuan ni mula jadi macam nak gila ....... ape taknya, sebelum ni mereka dan 2 anak mereka hidup aman dan damai .......
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyFri Feb 19, 2010 8:40 pm

tu kejam..takde makna pun buat camtu...mmg kita dapat pompuan tu..tapi kita hanya bermain ngan mainan kita sendiri kan

pompuan tu mmg xde hati pon ngan kita..jadi umpamanya kita ni syok sendiri Smile Smile
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
spana
Pemotong Balak BerIjazah
spana


Posts : 137
Join date : 16/02/2010
Age : 57
Location : BENTONG PAHANG

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptySat Feb 20, 2010 2:44 pm

Maharaja R1 wrote:
tu kejam..takde makna pun buat camtu...mmg kita dapat pompuan tu..tapi kita hanya bermain ngan mainan kita sendiri kan

pompuan tu mmg xde hati pon ngan kita..jadi umpamanya kita ni syok sendiri Smile Smile

betol x 3....woooo..kau dah hebat sekarang PUN...sejak bergelar encik Marajan maharaja...memang hebat... What a Face What a Face Evil or Very Mad Twisted Evil What a Face
Back to top Go down
zed_61
Pemotong Balak BerIjazah
zed_61


Posts : 110
Join date : 12/02/2010
Location : Malacca City

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptySat Feb 20, 2010 6:20 pm

spana wrote:


betol x 3....woooo..kau dah hebat sekarang PUN...sejak bergelar encik Marajan maharaja...memang hebat... What a Face What a Face Evil or Very Mad Twisted Evil What a Face

Bukan kata hebat ..... lagi bertambah matang ...... ni le untung berkawan dengan otai ......
Back to top Go down
Tokey rumah urut....
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Tokey rumah urut....


Posts : 2235
Join date : 10/02/2010
Location : Lepih

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptySun Feb 21, 2010 9:36 am

sihir ni bukan sahaja merosakkan diri malah masyarakat jugak,pernah member aku ajak makan disebuah kedai,elok je sampai depan kedai tu,terus je dia ajak aku ngan kawan aku pi tempat lain,yang peliknye muka dia sugul dan semacam je,dua hari kemudian,baru le dia bercerita,masa sampai je kat kedai tu dia nampak tukang masak tu mukanye berkeadaan hodoh sekali,dengan lendir,nanah,dan darah.........pehhhh..........aku ngan kawan aku cakap takde apa2 pun,baru le tau yang tukang masak tu pakai "bende",member sorang ni tak pecaya,katanya tahyul dan sebagainya,last2 dia cakap dia nak pi test,.......seminggu pastu dengar cerita member ni demam tak kebah2 badan,pi la melawat,rupe2 dia cerita,masa pi kedai tu,memang niat dia nak tengok tukang masak tu,bukannya nak makan,agak dia tengok tetiba bertentangan mata ngan tukang masak tu,ntah muncul perasaaan takut,dan seram,balik umah je,malam tu member kene kacau ngan bayangan hitam berupa seakan2 gambaran member yang sorang lagi tu bagitau,.......puuuuhhhh ngeri tul,kesudahan bawak jugak member tu berubat,pulih semangat,dan sejak tigatahun kejadian ni,tukang masak tu dah berhijrah ke negeri lain dah,......
Back to top Go down
knight
Pemotong Balak BerIjazah
knight


Posts : 151
Join date : 12/02/2010
Age : 42
Location : sekejap di bentong, sekejap di temerloh...

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyMon Feb 22, 2010 5:00 pm

Kapten Faizal wrote:
sihir ni bukan sahaja merosakkan diri malah masyarakat jugak,pernah member aku ajak makan disebuah kedai,elok je sampai depan kedai tu,terus je dia ajak aku ngan kawan aku pi tempat lain,yang peliknye muka dia sugul dan semacam je,dua hari kemudian,baru le dia bercerita,masa sampai je kat kedai tu dia nampak tukang masak tu mukanye berkeadaan hodoh sekali,dengan lendir,nanah,dan darah.........pehhhh..........aku ngan kawan aku cakap takde apa2 pun,baru le tau yang tukang masak tu pakai "bende",member sorang ni tak pecaya,katanya tahyul dan sebagainya,last2 dia cakap dia nak pi test,.......seminggu pastu dengar cerita member ni demam tak kebah2 badan,pi la melawat,rupe2 dia cerita,masa pi kedai tu,memang niat dia nak tengok tukang masak tu,bukannya nak makan,agak dia tengok tetiba bertentangan mata ngan tukang masak tu,ntah muncul perasaaan takut,dan seram,balik umah je,malam tu member kene kacau ngan bayangan hitam berupa seakan2 gambaran member yang sorang lagi tu bagitau,.......puuuuhhhh ngeri tul,kesudahan bawak jugak member tu berubat,pulih semangat,dan sejak tigatahun kejadian ni,tukang masak tu dah berhijrah ke negeri lain dah,......

pergh ngeri beb klu bole nmpk cmtu......doa2la kite sentiasa dijauhkan bnde cmtu...nauzbillahi min zalik
Back to top Go down
Raja Dunuk
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Usahawan Arnab Yang Berjaya
Raja Dunuk


Posts : 2370
Join date : 09/02/2010
Age : 34
Location : Kangar To Ipoh

Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC EmptyMon Feb 22, 2010 10:58 pm

selalunya org yg maian2 sihir nih lama2 dia akan kena balik kat dia...Tuhan punya kerja.... Very Happy
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net
Sponsored content





Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty
PostSubject: Re: Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC   Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC Empty

Back to top Go down
 
Ruangan Fakta-Auta dan Tazkirah JBC
Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» Ruangan Photograph... show ur talent & skill.. v2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Jejak Bikers Club :: Ruangan Sembang2 Kosong :: Jom Spam Pebenda Pun...-
Jump to: