Jejak Bikers Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jejak Bikers Club

KAT SINI SAPA TAK SPAM--->>>KENA BEN !!!!
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)

Go down 
+2
Black Kawa
Che Gu Jambang
6 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
abg misai
Pemandu Raja Danok
abg misai


Posts : 2257
Join date : 18/04/2010
Location : studium

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Dec 01, 2010 3:32 am

scratch
Back to top Go down
yb pakyob
Tokey Bengkel Lori Hantu
yb pakyob


Posts : 823
Join date : 17/07/2010
Age : 43

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Dec 01, 2010 8:36 am

adehhh3...................ayaq naek kpalo plak dah............. Laughing
Back to top Go down
abg misai
Pemandu Raja Danok
abg misai


Posts : 2257
Join date : 18/04/2010
Location : studium

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Dec 01, 2010 9:19 am

..shhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... Embarassed
Back to top Go down
abg misai
Pemandu Raja Danok
abg misai


Posts : 2257
Join date : 18/04/2010
Location : studium

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyThu Dec 02, 2010 3:12 am

Lawak KFC

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.



.....kekekekekekekekekekekeke..............
Back to top Go down
yb pakyob
Tokey Bengkel Lori Hantu
yb pakyob


Posts : 823
Join date : 17/07/2010
Age : 43

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyThu Dec 02, 2010 4:48 pm

sssshhh..............mlm nie mlm jumaat Embarassed
Back to top Go down
abg misai
Pemandu Raja Danok
abg misai


Posts : 2257
Join date : 18/04/2010
Location : studium

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Dec 03, 2010 3:45 am

Embarassed Embarassed Embarassed Razz
Back to top Go down
yb pakyob
Tokey Bengkel Lori Hantu
yb pakyob


Posts : 823
Join date : 17/07/2010
Age : 43

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyTue Jan 04, 2011 6:44 pm

cheers
Back to top Go down
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 8:56 am

Dah lame x mengarut...jom 1st story

Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 9:02 am

Konsep 'Kita'

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya
pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah
abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik
abang aje...
Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...
Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah

semua harta benda nie hak milik kita bersama...
Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...
Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...
Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???
Isteri: %#@**^&%#@
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 9:03 am

Orang Putih

Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku.......Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikarang semua sudah setel.

Calon pun dah ada, golongan org berada katakan....lak tu dan most of all....orang
putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila difikir2....... mimpikah aku..... macam tak
caya aje.....dah jadi macam cerita Cinderella pulak.....Aku nie bukanlah jelita
sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku....Agaknya org putih
tu ingat aku ni Negro kot.......macam Janet Jackson ke, Whitney Houston ke.......Ah!
tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yg beriya-
iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yg
cari....katanya berkat. Yang penting amaaaan sepanjang masa.......

"Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yg aku tanyakan kat mak.
Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak?
"Jangan takutlah, tanggung beres...."

Betulke mak aku ni........Naik pening kepala batu aku ni....... Tapi, tak apelah. Mak
aku cakap orgnya dah berumur sikit....duda, sebab bininyer meninggal...tak tahu
apa sebabnya.......Tapi agak akukan, dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak
ade.......lagi power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi,
tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'Adik' pulak, kan?
Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam

rumahtangga.... aiseyman, berfalsampah lak aku ni......Setakat ader sepit-tiket
(alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat ape, yg menganggur
bersepah2........
Banyak org tanya, "kau suka ke,mak kau kahwinkan kau dgn mat salleh?"

Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan
cium! pipi mak aku pasal kawinkan aku dgn org putih....... Alamak! macam drama
sabun lah (soap opera lah, cakap org putih)......

Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles bila
dia owg tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia owg nak psycho aku yg bukan-
bukan..........
"nanti org putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau

tahu."
Tapi aku buat dak saje......
"Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles....jgn nak cari alasan....." kau org tu, sampai bila
nak jadi andartu....."

Itu jugak jawapan aku bila dah geram........ Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah org cakap mulut dia mulut laser.........Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia org.......Blah lah sama korang.......!!!
"Semua dah sedia?...... Saksi sedia?........Pengantin lelaki sedia?.....

Baik mari kita mulakan sekarang.......... MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP
JIDIN....AKU NIKAHKAN DIKAU DGN SAODAH BINTE SANORPAN DGN
MASKAHWINNYA.....
Tiba-tiba, suara pak imam sayup2 dari pendengaranku dan penglihatanku mula
kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut.......

"Fengantin Fomfuan fengshan, nikah ni kira syah ke......syemmana nie?" terdengar akan suara suamiku yg keluar dari mulutnya yg dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yg terbongkok-bongkok..... jalan pun kena pakai tongkat.........
Alamak! tak sanggup aku nak nengok muka minah2 empat ekor tu yg terkekek-
kekek dan berdekah-dekah disisiku........
TIDAAAAAAAKKKKKKKKKKKK........

Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 9:05 am

Pengalaman Melakukannya

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.



Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa.
Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 9:15 am

Ubat Sakit Kepala

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya

Mat : "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja".

Boss : Yalah Mat, kepala aku ni sakit sangat.

Mat : Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos, Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga.

Boss : Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang..

Mat : Grrrr... (nak mampos gamaknya boss aku ni)
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 9:17 am

Kenali Tabiat Suami Kat Tempat Yang Die Suka Cium

Suka cium dahi isteri...... ..suami yang romantis.

Suka cium pipi isteri...... ..suami yang penyayang.

Suka cium mulut isteri...... .suami yang gelojoh.

Suka cium tengkuk isteri...... ..suami yang mata keranjang.

Suka cium telinga isteri...... ...suami yang sensitif.

Suka cium leher isteri...... ...suami yang penyabar.

Suka cium buah dada isteri...... ..suami yang suka bermanja.

Suka cium tangan isteri...... .suami yang hipokrit.

Suka cium ketiak isteri...... .suami yang menerima isterinya seadanya.

Suka cium (tut - censored) isteri...... suami yang pemalu.

Suka cium punggung isteri...... .suami yang suka bergurau.

Suka cium kaki isteri...... .suami yang terlalu menghormat isteri.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri...... suami yang mementingkan diri.
>
>
> jeng jeng jengggggg
>
>
> DAN
> YANG
> TERAKHIR.... ......... ....

Suka cium seluruh bahagian badan isteri...... ..SUAMI YANG BARU BALIK DARI OUTSTATION.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 9:19 am

TEWAS DI MALAM VALENTIME

Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine's Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.

Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui 'chatting' di Internet.

Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.


Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.

Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.

Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.

Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine's ini bersama sang kekasihnya.

Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.

Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini...?

Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi...patutkah dilakukannya kepada Linda?

Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud,

"Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali."

Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya,

"Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan."

Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak...

Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.

Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine's, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.

Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.

Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan 'sesuatu' yang akan berlaku malam ini, dan....

TOK! TOK!! TOKKK!!!
TOK! TOK!! TOK!!!

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.

ASSALAMUALAIKUM!
ASSALAMUALAIKUMM!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.

"Waalaikumsalam...siapa tu?" jawab Malek memberanikan diri.

"Ini JAIS...boleh tolong buka pintu tak?" jawab suara dari luar.

JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.

"Habislah aku malam ini," Malek berasa hendak menangis.

Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.

"JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!" suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.

"You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey," kata Malek tergagap-gagap.

Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.

"Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?" tanya Malek terketar-ketar...

"Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?" tanya pemuda itu semula pada Malek.

"Err...siapa nama kau tadi?" tanya Malek sekali lagi.

"Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?"

"Err...takde apa-apa," jawab Malek perlahan.

Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya...

Moral ceritanya...

Janganlah terpedaya dengan hasutan kawan-kawan yang ajak melakukan maksiat, supaya anda tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rosak seperti mereka. Takutlah pada dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pelaku maksiat.

Kalau cita-cita anda hendak melakukan maksiat tiba-tiba terkantoi, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan anda.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
yb pakyob
Tokey Bengkel Lori Hantu
yb pakyob


Posts : 823
Join date : 17/07/2010
Age : 43

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyWed Jan 05, 2011 1:15 pm

cheers
Back to top Go down
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:20 am

Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dai terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu.

Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas.

"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.

"Tidak," jawab lelaki tersebut.

"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.

"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."

"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.

"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:47 am

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:49 am

Nasib Badak Si Badak Sumbu

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya..
"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:54 am

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:55 am

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.....
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni
pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih?
Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu.
Mak Andih:???
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:56 am

1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:58 am

alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak...""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:58 am

Hukuman untuk guru
Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya. "Baik, baik," kata Hakim. "Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 5:59 am

100%
"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Che Gu Jambang
Taliben The Jambang Army
Taliben The Jambang Army
Che Gu Jambang


Posts : 1834
Join date : 11/02/2010
Location : bota - serdang - seri kembangan - kajang - bangi S5

Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 EmptyFri Jan 21, 2011 6:01 am

Hari Yang Buruk
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.
Back to top Go down
https://jejakbikers.forumms.net/forum.htm
Sponsored content





Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty
PostSubject: Re: Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)   Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR) - Page 10 Empty

Back to top Go down
 
Apabila Abg-Abg JBC Mula Mengarut,Masuk Air dan Pelbagai V4 ( BMW S1000RR)
Back to top 
Page 10 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... , 9, 10, 11  Next
 Similar topics
-
» Maxoil~Racing Formula Motor Oil - semi sintetik 10w40 1liter sudah masuk

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Jejak Bikers Club :: Ruangan Sembang2 Kosong :: Jom Spam Pebenda Pun...-
Jump to: